5 Mar 2015

mari, bernafas lagi.

-Setetes Embun-


"kakak, saya rasa stress. saya rasa kecewa dengan semua benda. saya rasa penat dengan semua benda. saya rasa tidak dapat kawal diri. saya rasa nak marah dengan semua benda. emosi tidak stabil. saya perlu ruang sedikit untuk tarik nafas buat seketika."

---

Syaitan tidak pernah putus asa dengan kerjanya. kan?
apa kita mahu putus asa semudah itu untuk terus mujahadah?

tari nafas. carilah semula kekuatan itu, sayang. jangan biarkan jiwa terlalu lama dalam rasa-rasa yang bisa menjatuhkan kita. Allah uji, sebab Dia sayang. mahu kita selalu kembali beringat kepadaNya. ya, hidup ini mudah andai kesenangan terus kita rasa. tanpa perlu pikir bebannya dugaan. tapi hidup tidak semudah itu. seandainya kita selalu berhidup pada kesenangan semata, mungkin tidak ada jiwa-jiwa selalu berdo'a, mungkin tidak akan ada jiwa-jiwa yang mahu berusaha. mungkin tidak akan ada orang yang belajar. mungkin tidak ada jiwa yang selalu bertawakkal. mungkin tidak ada jiwa-jiwa yang selalu bersabar dan satu hal yang penting, mungkin tidak akan ada jiwa-jiwa yang berjuang.


iya. mungkin di sinilah kita mula mengerti, akan hikmah di setiap ketentuan Tuhan. kan?


mari, bernafas lagi?
dengan sebuah nafas baru.



____

p/s: jangan istirehat terlalu lama ya sayang. nanti Allah rindu. *senyum*

2 comments: