19 May 2015

ya, Rabbi.



mereka melihat daku di musim gugur, 
lantaran hangatnya laguku, 
kelihatan aku bergembira bersama rakanku si burung camar,
tetapi sebenarnya aku dilahirkan di bumi,
yang dipenuhi jiwa-jiwa yang seronok diperhambakan..

kehidupan seorang da'ie. pada mulanya menyalahkan dirinya sendiri. takut-takut dia belum menyampaikan dakwahnya. tetapi, segera dia merasa bahawa dia telah melakukan apa yang termampunya. sesungguhnya neraca keindahan telah bertukar. berapa ramai generasi hari ini telah kehilangan kerja-kerja besar yang pernah memuliakan mereka suatu ketika dahulu. seperti mana yang pernah dikatakan oleh al-Rafi'ie:

"kamu mencipta kata-kata hebat untuk beronok dengannya"


istighfar.

______

ya Rabbi, pimpin kami dalam menujuMu. dengan sangat ya Allah. :')

No comments:

Post a Comment