19 Feb 2015

bukankah kamu itu pembina generasi?



Ukhti Murobbi,
sertakan kesabaran dalam tugas tarbiyahmu, sesungguhnya engkau dalam beribadat yang dikurniakan ganjaran sekiranya kamu ikhlaskan niat kerana Allah. sesungguhnya orang yang di bawahmu hari ini adalah tunggak bagi da'wah ummah di hari muka.

Saudaraku Murobbi,
dapatkanlah saham dari saham-saham kebaikan iaitu berkhidmat untuk agama, mentarbiyah untuk akhlak mulia serta menahan nilai-nilai dan asas-asas dalam diri teman-temanmu, kelak kamu lihat masa depan yang menyejukkan matamu dan di akhirat pula sesuatu yang meninggikan darjatmu.

Wahai Murobbi sekalian,
bumi yang subur kehijauan memerlukan petani menyemai tanaman. kita percaya murobbi dalam tugas tarbiyah seperti pakar bedah dalam bilik operasinya di tangannya terletak sembuhnya penyakit dengan izin Allah ataupun mati. walau sehebat mana pun hospital, peralatan dan kecanggihan peralatan pembedahan, kesilapan kecil boleh membawa kepada maut. demikianlah kerja-kerja pentarbiyahan. kejayaan bergantung kepada sejauh mana hubungan fikiran atau perasaan jiwa di anatara murobbi dengan mutarobbi melaui ilmu dan kemahiran. maka tabiyah itu satu seni dan anugerah. begitu juga ia adalah ilmudan amal.

Saudaraku Murobbi,
setiap halangan yang kau dapati di jalanmu dan segala rintangan menghalang tugasmu, tidak lain tidak bukan hanyalah perhentian yang menajamkan pengalamanmu serta membersihkan dirimu. maka janganlah kamu berhenti dan bertangguh-tangguh.

wahai murobbi sekalian,
sesungguhnya di sebalik umat yang hebat terdapat pentarbiyahan yang hebat dan di sebalik tarbiyah yang hebat terdapat murobbi yang benar, jujur dan ikhlas.

Ukhtiku Murobbi,
sesungguhnya tugasmu adalah berkorban kerana ia adalah ibu segala pekerjaan. di atas bahumu tanggungjawab membina ummah seluruhnya. kamu adalah asasnya. kuatnya ummah kerana kuatnya kamu dan lemahnya ummah kerana lemahnya kamu.

bukankah kamu itu pembina generasi?
_______

Rabbi, Kau berikanlah kami kekuatan untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini. jujur, aku tidak tahu aku sekuat mana untuk menggalasnya, tapi aku akan mencuba semampu dayaku. padaMu ku pohon, kekuatan, ketabahan dan kesabaran. moga segala pengorbanan, tercatat sebagai amal yang menghidupkan. ameen ya Rabb.

moga. :')

2 comments: