![]() |
Jalan yang selamanya mauku menetap. |
Mengimbas masa lalu, dalam usaha mencari segenap kekuatan. waktu itu, mula sadar berteguhnya cuma pada yang satu--Allah. satu kisah si pencari dalam usaha memutihkan waktu. sampailah Tuhan mentakdirkan sesuatu yang terbaik buat si pencari. walau waktu itu, belum mengerti apa sebenarnya DIA mahu si pencari mengertikan.
sampai saatnya, mula mengerti jalan ini yang dibutuh selama pencarian. menapak. mulanya, mahu saja meninggalkan semuanya tidak mahu memikirkan lagi. Dan tertanya si pencari waktu itu
" Tidakkah kau bersyukur?", "Tidakkah kau hargai apa yang sudah diberi Tuhan?", "Tidakkah sia-sia kau tinggalkan semua begitu sahaja? yang selama ini pencarian yang kau cari?"
*basah*
Alhamdulillah. Allah masih tetap memilih. si pencari mula melihat hikmahnya di situ. Jalan yang melelahkan becorak duri, bukannya bunga.
"kalau mungkin si pencari tidak merasa semua kelelahan dan kesusahan itu, dia mungkin tidak mengerti apa itu lelah, penat dan sukar di jalan ini"
Iya. dia mula mengerti. dan semahunya dia menetap di jalan ini. lelah, tapi ada redha Tuhan bersama.
Bismillah.
No comments:
Post a Comment